Perhubungan Manusia/Insan dari Aspek Komunikasi
Perhubungan manusia/insan merupakan satu seni dan amalan yang menggunakan pengetahuan–pengetahuan yang sistematik berhubung dengan tingkahlaku manusia/insan untuk mencapai matlamat/objektif organisasi atau individu sendiri.
Bermula pada tahun 1924 sehingga 1933, beberapa siri penyelidikan telah diadakan di Western Electric Company’s Hawthorne, Illinois untuk mengkaji aspek perhubungan manusia/insan yang akhirnya dikenali sebagai “Hawthorne Studies”. Ia diasaskan oleh sepasukan penyelidik daripada Universiti Harvard yang diketuai oleh Elton Mayo. Bermula dari sinilah kajian tentang perhubungan manusia/insan mula dilakukan.
Menurut Andrew J. Dubrin (1984:21) setiap kali berhadapan dengan masalah ketika berhubungan dengan sesama manusia/insan konteks perhubungan manusia/insan akan diaplikasikan.
Untuk memahami gelagat/tingkah laku individu ia melibatkan dua unsur utama iaitu:
Bermula pada tahun 1924 sehingga 1933, beberapa siri penyelidikan telah diadakan di Western Electric Company’s Hawthorne, Illinois untuk mengkaji aspek perhubungan manusia/insan yang akhirnya dikenali sebagai “Hawthorne Studies”. Ia diasaskan oleh sepasukan penyelidik daripada Universiti Harvard yang diketuai oleh Elton Mayo. Bermula dari sinilah kajian tentang perhubungan manusia/insan mula dilakukan.
Menurut Andrew J. Dubrin (1984:21) setiap kali berhadapan dengan masalah ketika berhubungan dengan sesama manusia/insan konteks perhubungan manusia/insan akan diaplikasikan.
Untuk memahami gelagat/tingkah laku individu ia melibatkan dua unsur utama iaitu:
i. lakuan/tindakan berupa rangsangan luaran yang didasari oleh kebijakan dan keyakinan diri
ii. tindak balas manusia/insan terhadap rangsangan tersebut akan beroleh reaksi yang positif atau negatif daripada individu lain yang akhirnya mempengaruhinya terhadap tindak balas untuk rangsangan yang sama pada masa hadapan
Perhubungan manusia/insan menerima banyak input berupa ilmu dan pengetahuan daripada kajian sains tingkah laku dan sains sosial yang turut meliputi tingkah laku organisasi secara keseluruhannya.
Berbanding bidang tingkah laku organisasi yang lebih menjurus kepada teori dan penyelidikan, perhubungan manusia/insan lebih bersifat natural yang berteraskan kepada penemuan penyelidikan dan pemerhatian yang sistematik/teratur.
Perhubungan manusia/insan yang penting dalam mendasari kecekapan dan keberkesanan sesuatu organisasi yang melibatkan keterbukaan dan kejujuran sesama manusia.
Secara langsung perhubungan manusia/insan berkaitan dengan konsep potensi manusia/insan yang meletakkan manusia sebagai insan unik yang mencerminkan kebenaran diri masing-masing.
Kajian tentang perhubungan manusia/insan seharusnya dapat mempertingkatkan keberkesanan dalam menjalin hubungan sesama manusia/insan. Contohnya, mempelajari bagaimana wujudnya karenah birokrasi akan mengurangkan kekecewaan anda apabila berurusan dengan sesuatu organisasi yang besar dan kompleks sifatnya.
Menurut Douglas Benton (1991:22) perhubungan manusia/insan berasaskan kepada disiplin berikut:
i. kemampuan/keupayaan untuk berkomunikasi
ii. kemampuan/keupayaan untuk memberi motivasi terhadap diri sendiri dan individu lain
iii. kemampuan/keupayaan untuk menerima tanggungjawab dan memimpin individu lain
iv. keupayaan untuk memahami dan menyelesaikan masalah individu lain
v. kesetiaan
vi. keikhlasan/kesantunan
vii. komited terhadap tugas
viii. komited terhadap hubungan antara manusia/insan
Sebenarnya kajian tentang perhubungan manusia/insan bermula dengan diri kita sendiri. Ia berkaitan dengan interaksi yang boleh terjadi di kalangan manusia sama ada organisasi atau individu yang melibatkan perhubungan yang berasaskan kerjasama atau pun konflik.
Pendekatan antara disiplin terhadap perhubungan manusia/insan diperlukan disebabkan oleh hubungan yang mengintegrasikan maklumat/ilmu dari pelbagai disiplin ilmu. Ia bersandarkan kepada satu seni pengurusan yang berdasarkan perhubungan manusia/insan yang tergolong daripada hubungan manusia/insan.
Penjurusan perhubungan manusia/insan ini tidak boleh tidak mengetepikan kepentingan hubungan antara budaya. Konsep asas dalam perhubungan manusia/insan meliputi maruah/darjat manusia/insan, empati, perbezaan antara individu, komunikasi, motivasi, kepimpinan dan tanggungjawab.
Secara langsung kemahiran perhubungan manusia/insan perlu diaplikasikan pada semua tahap kehidupan.
Sementara itu menurut Jack Halloran (1983:25) perhubungan manusia/insan merupakan interaksi sesama manusia di mana kedua-duanya perlulah berdasarkan persoalan dari segi kerjasama dan konflik. Perhubungan manusia/insan yang baik terhasil apabila manusia/insan bekerjasama untuk mencapai satu matlamat.
Salah satu aspek yang penting dalam perhubungan manusia/insan ialah komunikasi yang bertunjangkan bahasa. Tidak dapat dinafikan lagi bahawa melalui wadah bahasa kita secara langsung dapat membina atau membangunkan komuniti manusia/insan.
Menurut Charles T. Brown ((1975:53) , Aristotle pernah mengungkapkan bahawa “kajian tentang ucapan/pertuturan/ujaran merupakan kajian tentang pemujukan” yang akhirnya menghasilkan satu teori komunikasi yang komprehensif (bersepadu) dengan tujuan untuk belajar menggunakan bahasa yang merupakan satu perkara penting yang diperlukan untuk memahami proses komunikasi secara keseluruhannya. Perhubungan/jalinan yang aktif akan wujud antara bahasa dan pemikiran, bahasa dan persepsi, interpretasi dan komunikasi apabila fenomena ini dihuraikan dari segi psikologi kognitif.
Dalam organisasi moden, segala fungsi berasaskan komunikasi. Ia merupakan penggerak kepada segala maklumat dan pemahaman dan penting dalam membentuk kerjasama manusia/insan. Tanpa prosedur komunikasi yang cekap sesuatu tindakan akan terganggu. Ia juga merupakan penggalak kepada motivasi. Tanpa komunikasi yang baik, perhubungan manusia/insan tidak mungkin dapat digarap dengan baik.
Menurut Katherine Miller (1999:38), komunikasi berhubung dengan perhubungan manusia/insan berdasarkan kerangka komunikasi yang meliputi aspek:
i. kandungan/pengisian komunikasi
ii. arah aliran komunikasi
iii. gaya komunikasi
iv. saluran komunikasi
Melalui kandungan/pengisian komunikasi ia melibatkan tugas komunikasi, inovasi komunikasi dan penyelenggaraan komunikasi yang penting untuk membina perhubungan manusia/insan yang berkesan.
Sementara itu arah aliran komunikasi pula memanfaatkan hubungan komunikasi secara mendatar (horizontal) dan menegak (vertikal) bagi mempertingkatkan kualiti perhubungan manusia/insan.
Salah satu unsur penting dalam perhubungan manusia/insan ialah penekanan terhadap hubungan sosial dan kehendak manusia/insan yang lebih mementingkan gaya komunikasi secara informal. Fenomena ini dikira dapat memecahkan kebuntuan perhubungan manusia/insan dari aspek jurang status dan hierarki.
Perhubungan manusia/insan juga meletakkan keterbukaan saluran komunikasi sebagai faktor yang cukup penting untuk mempertingkatkan pencapaian matlamat organisasi dan individu dan mampu mengurangkan konflik. Oleh sebab itulah komunikasi secara bersemuka (face to face communication) adalah digalakkan.
Secara langsung salah satu aspek yang penting dalam komunikasi yang merupakan tunjang perhubungan manusia/insan ialah “self-disclosure” (penjelmaan/penampilan diri). Apabila manusia/insan berkomunikasi sesama sendiri terutama secara bersemuka (face to face) keadaan fizikal dan emosi terjelma.
Dalam masyarakat hari ini, menurut kebanyakan sarjana, mereka percaya apabila kita lebih mendedahkan diri kita, kita akan lebih mudah untuk saling memahami. Penjelmaan/penampilan diri ini perlu menjadi satu penerimaan secara langsung yang walau bagaimanapun proses ini dikawal oleh batas-batas dan halangan-halangan tertentu.
Penjelmaan/penampilan diri ini melibatkan perkongsian maklumat yang mempunyai nilai-nilai ‘persendirian/keperibadian’ yang memungkinkan satu maklumat dikongsi secara bijaksana tanpa pengetahuan orang lain. Oleh sebab itulah dua istilah yang penting berkaitan dengan penjelmaan/penampilan diri ini ialah risiko dan keterdedahan ( risk and vulnerability).
Secara ringkasnya penjelmaan/penampilan diri mempunyai nilai-nilai tertentu seperti:
i. terbuka
ii. jujur
iii. bebas
iv. tulen
v. mesra
vi. kuat
vii. dipercayai
viii. mempercayai
ix. matang
x. memiliki nilai interpersonal
Walau bagaimanapun fenomena ini dibatasi dengan hakikat wujudnya konsep “self-concealment” (penyembunyian diri) yang mempunyai nilai-nilai yang bertentangan dengan “self-disclosure” (penjelmaan/penampilan diri) iaitu:
i. tidak jujur
ii. berpura-pura
iii. takut
iv. manipulatif
v. tidak boleh dipercayai
vi. tidak mempercayai
vii. tidak mesra
viii. tidak matang
Secara keseluruhannya perhubungan manusia/insan merupakan satu disiplin yang cukup penting untuk dikaji dan difahami oleh setiap individu. Kelemahan dan masalah perhubungan manusia/insan sememangnya wujud dan perlu dicari penyelesaiannya.
Kelemahan ini wujud kerana setiap manusia/insan memiliki satu set kelakuan/bakat yang unik; cita-cita dan pengalaman yang akan sentiasa mengalami perubahan yang boleh menjurus kepada kejayaan atau kegagalan dalam proses perhubungan manusia/insan itu sendiri.
Selain itu, manusia/insan secara langsung mahu pun tidak langsung terlibat dalam masalah struktural organisasi yang menjadi induk kepada perhubungan manusia/insan. Kesan inovasi teknologi dan pengeluaran yang memerlukan penstrukturan semula tugas dan tanggung jawab dan ditambah lagi dengan konteks pengiktirafan manusia perlu diberi perhatian yang sewajarnya apatah lagi apabila melibatkan penilaian kemampuan atau keupayaan yang tidak seimbang sesama manusia/insan.
Kesimpulannya, konsep perhubungan manusia/insan merupakan tunjang kepada interaksi sesama manusia dari segi kerjasama dan konflik. Perhubungan manusia/insan yang baik menuju ke arah pencapaian matlamat yang satu. Bersandarkan kepada kepentingan komunikasi dalam perhubungan manusia/insan konsep ini dapat digarap dengan lebih cekap, sesuai dan berkesan. Ini dibuktikan oleh Elton Mayo sendiri dalam kajiannya tersebut bahawa perhubungan interpersonal berasaskan komunikasi merupakan salah satu sebab utama untuk mempertingkatkan produktiviti organisasi.
Selain itu kolektif sosial yang mengandungi struktur yang formal dan tidak formal menjamin keutuhan perhubungan manusia/insan di samping faktor sosial dan psikologi boleh mempengaruhi motivasi manusia/insan.
Walau bagaimanapun konsep perhubungan manusia/insan ini sewajarnya dilihat dengan lebih luas dari pelbagai perspektif. Ia perlu menggunakan pendekatan yang lebih syumul yang bukan sekadar melibat perhubungan manusia/insan sesama manusia/insan sahaja tapi perlu melangkaui kepada hubungan manusia/insan dengan alam dan yang paling wahid, iaitu hubungan manusia/insan dengan pencipta-Nya. Tanpa melihat atau terus mengetepikan perspektif yang lebih berkat ini akhirnya akan menjurus kepada ‘tadmirulinsan’ (kemusnahan manusia/insan). Persoalan besar ini tentunya berkait rapat dengan persoalan MODAL INSAN!!!
AMBHA 10/12/07
No comments:
Post a Comment